Saturday, 16 January 2016

Graduation, Working Environment, Family, Marriage and Friends

Tepat 4 Oktober 2015, berakhirlah hidup sebagai seorang pelajar universiti. Apa perasaan? Bercelaru! Ya bercelaru! Aku tak bersedia lagi nak menempuh hidup dalam alam pekerjaan. Tak bersedia lagi nak hidup sendiri mengikut hala tuju sendiri. Entry kali ni aku nak kongsikan sikit kehidupan aku selepas grad. Saat semua member sibuk mengorak strategi nak simpan duit nak kawin. Yang takda pasangan dah start nak ada pasangan yang budiman start dah nampak sifat buayanya. Yang tak boleh tahan aku kena dump dengan kawan sendiri. Siapa? Biarlah aku saja yang tahu.

Kerja. Setakat ni dah 6 bulan terbengkalai tak kerja kerja lagi. Bukan tak usaha bukan memilih. Mungkin tak ada rezeki lagi. Ikhtihar terakhir, ZARA. Project engineer, service engineer, technician semua jenis interview aku dah pergi. Rabak jugak rasa hati tengok member dah boleh beli honda, myvi sebijik, dah boleh menabung duit nak buat belanja kawin. Aku, masih lagi di takuk lama. Hati siapa tak sedih?

Keluarga. Mereka sekarang dengan penuh harapan aku sebagai anak lelaki sulung dapat membantu meringgankan sedikit masalah ekonomi keluarga. Aku tahu mereka berharap aku menjadi seorang engineer. Ya! Someday! Bila sampai tiba masanya.

Banyak sebenarnya yang nak diluahkan. Setakat nak share. Lebih - lebih karang orang kutuk pulak. Sometimes lepas meluah dengan mencatat atau menulis dapat melegakan perasaan.




No comments:

Post a Comment