Mesti ramai yang tahu cerita bersiri ni kan. Zaman kecik kecik dulu kalau tak silap ada di tayang di TV3 lebih kurang pukul 10.30 malam hari apa aku tak ingat dah.. Aku dulu tak pernah ada change nak tengok kat tv sebab kena tido tepat pukul 10 malam pasal besoknya nak sekolah (bapak marah tido lambat). Cerita ni sebenarnya agak menarik. Walaupun ada banyak elemen yang tak patut. Memang tak sesuai untuk budak budak tengok walaupun kartun.
Futurama ni mengisahkan seorang budak delivery pizza berumur 25 tahun yang bernama Phillip J. Fry telah tak sengaja terjatuh ke dalam mesin pembeku dan telah ter'frozen' dirinya selama 1000 tahun. Dengan kesempatan ini Fry mempunyai peluang memulakan hidup yang baru. Pada tahun 3000, (tarikh Fry ter'frozen' adalah 1 December 1999) Fry telah berkenalan dengan beberapa 'orang' pelik seperti Leela (gadis cantik bermata satu), Bender (sebuah robot ciptaan MOMCORP) yang kaki minum, kaki judi, panjang tangan dan banyak cakap, Prof Farnsworh (satu - satunya darah daging fry yang masih hidup), Dr Zoidberg ('seorang' udang yang menganggap dirinya arif perihal badan manusia padahal sebaliknya) dan Hermes Conrad (akauntan kepada syarikat penghantaran milik Prof Fansworth).
Setakat ni aku dah tengok sampai season 5. Banyak jugak benda mengarut dan banyak jugak scene yang lawak harus di gelak. Bagi aku cerita ni ada baik buruk sendiri. Antara kebaikan dia adalah dapat mencetus idea nak cipta peralatan peratan canggih untuk masa depan (tak mustahil). Yang buruk bila menyentuh bab agama. So aku nasihatkan jangan terikut sangat. Contohnya. Prof Farnsworth dah berumur 160 tahun. Pada zaman itu semua manusia yang berumur 150 dan keatas akan didatangi sebuah robot menyerupai sang pencabut nyawa yang akan membawa mereka ke sebuah tempat yang tidak siapa pun tahu dimana untuk di dalam kotak yang disambung pelbagai 'wayar' untuk disimpan selamanya. Nak tahu macamana tempat tu boleh tengok season 1 episod 15 "A Clone of My Own".
Seperti yang aku cakap ambik yang baik buang yang tak baik dalam cerita ni. Kalau berminat boleh la click link ni untuk tengok siri ni online.
