Tuesday, 20 November 2012

Rujukan Buat Masa Hadapan

Bagi aku blog ni tempat nak catit segala apa yang aku lalui sekarang (mungkin bukan semua) untuk di kenang balik pada masa hadapan. Mana lah tau nanti dah tua nyanyuk. Boleh la rujuk balik blog. Aku ni bukan jenis yang rajin nak menulis buat jurnal atau diari. Lagi senang kalau buat blog. Bukannya susah. Taip aje lah. Ni nak bagi tau rugi kalau tak buat blog. Let say untuk student macam aku. Dalam progress nak amik degree. Bila dah habis nanti bole la baca blog nak kenang balik segala memori memori masa ni. Kalau lah (bukan nak jadi matkalau) nanti nak interview kerja, mesti gelabah nak prepare jawab soalan. Kalau ditanya suruh senaraikan aktiviti yang kita pernah join? Agak agak time tengah gelabah boleh tak kita jawab semua? (takda la semua cuma sikit sikit kan) So time ni la berguna blog ni. Sebelum interview bole la baca balik blog. Pernah aku stalk blog 'senior' aku. Alumni utem yang sekarang ni kerja dekat matrik aku. Seronok gila. Selama empat tahun suka duka beliau dicatat dengan rapi kat blog beliau. Fuh! Takkan hilang kenangan beliau tuh. Saya respek la dengan akak! *takkan aku nak bagi tau aku stalk siapa kan kan (v_v)'

Gambar ni takda kena mengena dengan post ni . Saja nak bagi post lawa sikit. Takda la nampak kosong. #peace