Wednesday, 18 April 2012

Volleyball Best Apa

Koko sem ni aku ambik volleyball. Bukan sebab minat. Hanya sebab senang nak gerak pergi kelas pasal budak kelas ramai. Sekarang dah minggu ke berapa dah. Aku dah start minat main benda alah ni. Coach pun ok gak. Senang nak score gred lepas ni. Ingat kan mula dulu nak tukar ke Penerbitan dan Kewartawanan. Err kalau tak silap la nama dia macamtu. Aku pun tak ingat. Next sem aku tak tau la nak amik koko apa. Indoor atau outdoor. Well any suggestion?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 17 April 2012

Pernah Dengar Buku Lejen?


Aku tak tahu lah kalau aku terlambat atau apa. Serius aku tak tau lagi macamana bentuk buku Lejen ni & apa isi dia. Malas nak google pasal benda alah ni. Macam peymes gila. Err apa special buku ni? First expression aku bila member aku sebut nama buku ni aku ingat kan buku tentang moto. Pasal nama dekat dekat nak sama dengan Lagenda. Anyway kalau minat bole la try usha buku ni kat kedai. Tapi rasa macam susah nak dapat. Wawan beli pos.
*Gambo Bada tengah busy lekat sticker Lejen kat cermin belakang kereta dia.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 16 April 2012

Kayak Kegilaanku

Aku minat aktiviti lasak macam ni. Tapi tak boleh nak amal kan sangat pasal takda kebenaran dari pihak atasan (FAMA). Dorang tahu aku tak reti berenang. Tapi kadang aku join jugak. Dulu time kat matrik aku pernah ikut kursus kayak ni. Sijil takda la pasal bawah unit kokurikulum. Program untuk budak yang tak ikut KAKOM. Bagi yang tak pernah lagi berkayak ni aku sarankan kauorang try. Rugi besar kalau tak try. Kalau takut lemas pakai la life jacket. Biasa memang akan pakai.

Aku bet mesti ada yang kenal tempat ni.

Dragon Boat Team tengah buat latihan waktu tu. Aku kagum dengan stamina dorang.

Sebaik baiknya pakai la tracksuit kalau nak berkayak. Jangan jadi macam aku pakai jeans. Kalau jatuh dalam air memang payah nak berenang.


Rambut agak selekeh pada ketika itu.

Plant & Maintenance Sagil Trip

Akhirnya setelah berapa kali merancang asyik tak jadi. Kitaorang jadi jugak pergi mandi air terjun kat Sagil. Walaupun haritu hujan sekejap. nasib baik tak hujan lebat. Mampus menderita hipotermia dak dak ni. Err betul aku eja kan hah. Ni jela gambo (pengaruh ejaan Razin) yang aku mampu upload setakat ni. Standart la line kat Bear Hill ni 'laju' nak mampus. #Peace

Ada lagi yang tak masuk gambo kat belakang tuh. Tengah kecoh tah pape.

Tengah penat nak naik puncak. Padahal tak la tinggi sangat.

Muka tengah tahan sejuk.

Serius aku tak reti nak buka mata dalam air. Sepanjang hidup aku hari tu la pertama kali aku try. Bole la buka sikit. 

Tak bukak mata pun.


Ni la semua budak BMCL. Tak ramai sangat pun.

Hah amik gambar puas puas.

Tengah leka dengan aktiviti sendiri. Cuba teka aku kat mana.

Air dia sejuk nak mampus. Dah la time tu hari nak hujan. 

Ni time kat Petronas. singgah breakfast & isi minyak kejap.

Sesi bacaan doa bersama Ustaq Zul Keba XD

Tak lengkap aktiviti ni kalau takda panggang memanggang nih.

Err yang ni bukan aku punya. Aku pinjam sekejap pasal nak amik gambo. Thanks Israk. Kacak moto kawu.


Bada pakai baju runningman. Beli tak ajak.

Sori gambar tak ikut susunan. Aku malas nak adjust. Serius trip ni memang best tapi penat. Petang tu jugak lepas aktiviti ni aku terus rushing nak ke KL gara gara SNSD buat konsert (Lina cakap dia nampak aku time tu tapi tak tegur takut salah orang). Memang satu hari tu kaki aku tak berenti. Menggeletar jugak kepala lutut aku penat. Ouh gambo ni ihsan Nash, Razin & Pian. Thanks guy! Ada jugak benda yang aku nak tengok tua nanti. XP

Berblogging via Blackberry!

Ni aku saja try nak update blog via bb. Bukan aku tak pernah buat. Tapi just nak setting blog yang ni.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone