Sunday, 23 December 2012

A box of kisses ?

Mesti terfikir kan apa benda la a box of kisses ni . Pernah makan coklat Hershey's Kisses ? hah kalau  tak pernah pergi la try . Baru kauorang tau kelazatan rasa coklat tuh . Btw tu bukan la fokus aku dalam entri kali ni . 

Nak dijadikan cerita . Aku rasa terhutang pulak dengan cik Tasha sebab lambat sangat bagi present birthday beliau . Actually I want to give her something better . But atlast bagi la coklat kisses ni . Sori dengan hadiah yag tak seberapa ni . Sebab aku prepare last minute . Dengan berbekalkan alasan nak shop baju. Aku invite cik Tasha jenjalan kolumpo *baru kau tau bukan perempuan aje shop lelama . Memandangkan beliau pun tengah cuti di rumah . Ada elok rasanya beliau keluar dengan aku pasal bole la eksesais bejalan sikit kan haha . Rasanya sehari tak cukup kot nak jenjalan . Yela jumpa pun sekali je se sem . U kitaorang jauh la sangat kan . haha . Maka dilampirkan kat bawah proses pembungkusan present beliau . Sori Tasha ni la engineer yang buat kerja last minute -.-



Serabut sikit meja aku nih . Agak teruja la jugak sebab penuh dengan coklat

Hah amik kau . Aku bagi satu gambar senget haha




Life is like a box of chocolate, you will never know what you gonna get . Tapi kat sini aku bagi semua sweet chocolate . To measure cik Tasha sentiasa happy makan coklat aku ni . Tak nak la tengok muka "pahit" nak telan . 

In hope that:
Cik Tasha bole la belajar dengan tenangnya setenangnya untuk final . Jangan lupa doakan aku dapat jawab soalan final dengan jayanya. Share la dengan sesiapa kau nak ^^

p/s: Bagi jela tempe untuk birthday aku tahun depan . Aku makan jela sebab kau yang bagi . Orang lain bagi aku gerenti tak makan. haha







Krew ?

Krew? Oh krew apa? haha Baru baru ni aku secara volunteer join krew logistik Sukan Antara Fakulti(SAF) u aku. Walaupun dilantik last minute (malam sebelum SAF). Dengan tak datang perjumpaan krew pada belah petang tuh. Aku mulakan tugas agak kekok sikit sebab aku tak kenal sangat krew yang lain. Termasuk la bro bro pusat sukan ni. Aku diberi tugas menjaga peralatan Ergo Machine dan Catur which is sukan yang diadakan di bawah bumbung. Oh lupa nak cakap. Special untuk krew logistik ni diberi basikal satu sorang untuk buat rondaan sekitar kawasan jajahan masing masing. *aku rasa aku tak perlu kot haha. Malas nak cerita banyak. Sila lah nikmati foto kat bawah. ^^

Penat ?


Dato' bersama roomate 





Keadaan stadium yang basah sebab hujan lebat petang tu 


Maka bermula la idea gila 

Disebabkan badan dah basah sebab setting khemah untuk puan Sarah, so kitaorang decide nak basahkan habis satu badan dengan 'surfing' atas padang kat dalam stadium tu. Woh nasib baik pacat tak melekat kat badan.



Tuesday, 20 November 2012

Rujukan Buat Masa Hadapan

Bagi aku blog ni tempat nak catit segala apa yang aku lalui sekarang (mungkin bukan semua) untuk di kenang balik pada masa hadapan. Mana lah tau nanti dah tua nyanyuk. Boleh la rujuk balik blog. Aku ni bukan jenis yang rajin nak menulis buat jurnal atau diari. Lagi senang kalau buat blog. Bukannya susah. Taip aje lah. Ni nak bagi tau rugi kalau tak buat blog. Let say untuk student macam aku. Dalam progress nak amik degree. Bila dah habis nanti bole la baca blog nak kenang balik segala memori memori masa ni. Kalau lah (bukan nak jadi matkalau) nanti nak interview kerja, mesti gelabah nak prepare jawab soalan. Kalau ditanya suruh senaraikan aktiviti yang kita pernah join? Agak agak time tengah gelabah boleh tak kita jawab semua? (takda la semua cuma sikit sikit kan) So time ni la berguna blog ni. Sebelum interview bole la baca balik blog. Pernah aku stalk blog 'senior' aku. Alumni utem yang sekarang ni kerja dekat matrik aku. Seronok gila. Selama empat tahun suka duka beliau dicatat dengan rapi kat blog beliau. Fuh! Takkan hilang kenangan beliau tuh. Saya respek la dengan akak! *takkan aku nak bagi tau aku stalk siapa kan kan (v_v)'

Gambar ni takda kena mengena dengan post ni . Saja nak bagi post lawa sikit. Takda la nampak kosong. #peace

Saturday, 29 September 2012

Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2012


Ini kali pertama aku join Lan Berambeh. Serius seronok gilak. Dapat jumpa ramai kawan kawan Sarawak yang study di semenanjung. Memang tak rugi join. Tambahan dapat merasa makanan Sarawak contohnya Mee Kolok, Laksa Sarawak dan Kek Lapis Sarawak. Kalau boleh nak request buah dabai pulak tahun depan haha. Dipermulaan majlis menyanyi lagu Ibu Pertiwiku lagu negeri Sarawak setelah hampir tiga tahun aku tak dengar dan nyanyi. Wah perasaan yang sangat mengujakan. Terasa diri di Sarawak bila semua orang cakap Bahasa Melayu Sarawak.

Selain tu ada jugak persembahan dari artis artis yang berasal dari Sarawak seperti Noh Hujan *nya embak bininya (miz nina) , Zee Avi, Hafiz dsbgnya. Pandalela pun ada tapi aku sik sempat -.-'

Special Guest : CM Tan Sri Taib Mahmud
Jutaan Terima Kasih kepada Datuk Norah Abdul Rahman selaku chairmain majlis dan semua yang terlibat. Serius awesome!

Sekitar majlis Lan Berambeh


Anak buah Israk 


Laksa Sarawak
Sedikit keras. Macam biasa nak yang sedap kena la datang Sarawak ^^



CM Tan Sri Taib Mahmud

Puan Sri Ragad Kurdi

YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Numpang 

Persembahan Noh dan Miz Nina

Keadaan dalam bas nak balik UTem haha







Sunday, 16 September 2012

Suatu Ketika

Wohoo lama tak berbelog. Kauorang sihat tak? Macamana cuti sem lepas? Produktif tak? Banyak cerita sebenarnya tapi malas nak taip kat sini. Nak cerita kita pergi sembang kat mapley la. Anytime. Sem tiga ni agak tough jugak subjek aku ambik. Kena kurangkan main main la gamaknya. Btw bukan itu priority post aku kali ni. Nak cerita. One of my best friend pin dah u. Nak ambik medic. Walaupun agak sedih dengan kepergian beliau. Nak buat macamana kan. Untuk masa depan dia jugak. Hey you will be missed. Kawan kawan UTem sentiasa menunggu disini. Sempat jugak outing dengan beliau sebelum beliau meninggalkan UTem ;







Open House UTem 2012.

Seronok makan free ni.

*Banyak lagi gambar sebenarnya. Malas nak upload banyak sangat. Line wifi slow.


     

Wednesday, 18 July 2012

Cuti Sem 2

Hah apalagi cuti sem 2 dah lama bermula. bermacam macam planning dibuat. Menjadi keh? Apamacam? Aku tak ragu ragu mesti ada diantara kauorang planning tak menjadi kan? Konon nak keja la. Nak buat itu la nak buat ini la. Takpa aku faham. Aku pun macam kauorang jugak. Nak cerita. Memang banyak plan tak menjadi ni.    Terutama sekali kerja. Kalau ikut aku nak kerja setat je cuti hari tuh. Tapi banyak pulak benda nak kena tolong kat rumah ni. Tak sampai hati nak biarkan. Nak kemas sana nak kemas sini. Sekarang dah nak puasa dah. Tak lama lagi raya. Btw aku tak tau nak cerita apa lagi. Takda modal sebenarnya. Kepada kauorang yang baru nak mula berblog tu welcome! Caiyok! Caiyok! Taip la banyak banyak ye. Nanti aku bace blog kauorang. *ili,mastura #Peace

Wednesday, 18 April 2012

Volleyball Best Apa

Koko sem ni aku ambik volleyball. Bukan sebab minat. Hanya sebab senang nak gerak pergi kelas pasal budak kelas ramai. Sekarang dah minggu ke berapa dah. Aku dah start minat main benda alah ni. Coach pun ok gak. Senang nak score gred lepas ni. Ingat kan mula dulu nak tukar ke Penerbitan dan Kewartawanan. Err kalau tak silap la nama dia macamtu. Aku pun tak ingat. Next sem aku tak tau la nak amik koko apa. Indoor atau outdoor. Well any suggestion?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 17 April 2012

Pernah Dengar Buku Lejen?


Aku tak tahu lah kalau aku terlambat atau apa. Serius aku tak tau lagi macamana bentuk buku Lejen ni & apa isi dia. Malas nak google pasal benda alah ni. Macam peymes gila. Err apa special buku ni? First expression aku bila member aku sebut nama buku ni aku ingat kan buku tentang moto. Pasal nama dekat dekat nak sama dengan Lagenda. Anyway kalau minat bole la try usha buku ni kat kedai. Tapi rasa macam susah nak dapat. Wawan beli pos.
*Gambo Bada tengah busy lekat sticker Lejen kat cermin belakang kereta dia.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, 16 April 2012

Kayak Kegilaanku

Aku minat aktiviti lasak macam ni. Tapi tak boleh nak amal kan sangat pasal takda kebenaran dari pihak atasan (FAMA). Dorang tahu aku tak reti berenang. Tapi kadang aku join jugak. Dulu time kat matrik aku pernah ikut kursus kayak ni. Sijil takda la pasal bawah unit kokurikulum. Program untuk budak yang tak ikut KAKOM. Bagi yang tak pernah lagi berkayak ni aku sarankan kauorang try. Rugi besar kalau tak try. Kalau takut lemas pakai la life jacket. Biasa memang akan pakai.

Aku bet mesti ada yang kenal tempat ni.

Dragon Boat Team tengah buat latihan waktu tu. Aku kagum dengan stamina dorang.

Sebaik baiknya pakai la tracksuit kalau nak berkayak. Jangan jadi macam aku pakai jeans. Kalau jatuh dalam air memang payah nak berenang.


Rambut agak selekeh pada ketika itu.

Plant & Maintenance Sagil Trip

Akhirnya setelah berapa kali merancang asyik tak jadi. Kitaorang jadi jugak pergi mandi air terjun kat Sagil. Walaupun haritu hujan sekejap. nasib baik tak hujan lebat. Mampus menderita hipotermia dak dak ni. Err betul aku eja kan hah. Ni jela gambo (pengaruh ejaan Razin) yang aku mampu upload setakat ni. Standart la line kat Bear Hill ni 'laju' nak mampus. #Peace

Ada lagi yang tak masuk gambo kat belakang tuh. Tengah kecoh tah pape.

Tengah penat nak naik puncak. Padahal tak la tinggi sangat.

Muka tengah tahan sejuk.

Serius aku tak reti nak buka mata dalam air. Sepanjang hidup aku hari tu la pertama kali aku try. Bole la buka sikit. 

Tak bukak mata pun.


Ni la semua budak BMCL. Tak ramai sangat pun.

Hah amik gambar puas puas.

Tengah leka dengan aktiviti sendiri. Cuba teka aku kat mana.

Air dia sejuk nak mampus. Dah la time tu hari nak hujan. 

Ni time kat Petronas. singgah breakfast & isi minyak kejap.

Sesi bacaan doa bersama Ustaq Zul Keba XD

Tak lengkap aktiviti ni kalau takda panggang memanggang nih.

Err yang ni bukan aku punya. Aku pinjam sekejap pasal nak amik gambo. Thanks Israk. Kacak moto kawu.


Bada pakai baju runningman. Beli tak ajak.

Sori gambar tak ikut susunan. Aku malas nak adjust. Serius trip ni memang best tapi penat. Petang tu jugak lepas aktiviti ni aku terus rushing nak ke KL gara gara SNSD buat konsert (Lina cakap dia nampak aku time tu tapi tak tegur takut salah orang). Memang satu hari tu kaki aku tak berenti. Menggeletar jugak kepala lutut aku penat. Ouh gambo ni ihsan Nash, Razin & Pian. Thanks guy! Ada jugak benda yang aku nak tengok tua nanti. XP